Senin, 07 Desember 2009

bwt tmen2 yang mau bljar yang berkesan, q pnya tips nya:

Teknik dan strategi berkesan untuk belajar adalah elemen-elemen yang perlu diberikan penekanan di dalam cara belajar berkesan untuk berjaya di dalam peperiksaan. Belajar dan mengulangkaji secara interaktif menerusi internet adalah teknik belajar terkini yang menjadi alternatif kepada teknik yang sering digunapakai seperti tusyen dan belajar sendiri.

Belajar secara interaktif menerusi internet didapati lebih berkesan berdasarkan 3 faktor yang berikut:

1. Ia lebih menarik minat dan dapat mengurangkan kebosanan belajar kerana pelajar dapat berinteraksi dengan bahan yang dipelajari tanpa merasa tertekan atau dipaksa.

Proses penerimaan menjadi lebih cepat kerana pelajar boleh belajar dengan tenang dan menunjukkan sikap yang positif ketika belajar. Masalah disiplin ketika belajar juga dapat dikurangkan.

2. Ia dapat mengekalkan tumpuan pelajar dalam jangkamasa yang lebih lama terhadap subject yang sedang diulangkaji. Apabila kurang tumpuan belajar dapat dielakkan, pelajar akan menghayati saat mengulangkaji dengan sepenuhnya dan tahap pembelajaran akan lebih meningkat.

Pelajar akan terdorong untuk melakukan ulangkaji tanpa memerlukan pemantauan yang ketat daripada ibubapa.

3. Waktu belajar adalah lebih fleksibel bergantung kepada kesesuaian masa pelajar itu sendiri. Pelajar tidak perlu terikat dengan jadual yang rigid kerana masa belajar boleh disesuaikan mengikut kesediaan mental dan fisikal pelajar setiap hari.

Jika merasa letih dan mengantuk, pelajar boleh berehat dan tidur terlebih dahulu sebelum memulakan pembelajaran interaktif.

Belajar secara interaktif adalah lebih berkesan kerana ia lebih menarik minat, dapat mengekal tumpuan dan lebih fleksibel dari segi masa. Masalah disiplin dan perlunya dorongan ibubapa dapat dikurangkan kerana pelajar lebih bersikap berdikari dan bertanggungjawab.

http://www.squidoo.com/Cara-Belajar-Berkesan?utm_campaign=search-discovery&utm_medium=greet4&utm_source=google

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

About me

Foto saya
akuuuu>adlah aku bkan orang lainn??ap yg ax lkukan,,adlah kta haty??
 

tHe" POOpIeZ'\" Design by Insight © 2009